Thursday, July 30, 2015

KESENIAN LUKISAN INAI TANGAN YANG BERSENI CANTIK DAN HALUS


Pada zaman moden sekarang,Inai mula dipopularkan dikalangan wanita sebagai perhiasan kecantikan.Jika dahulu inai hanya dianggap perhiasan semasa majlis perkahwinan atau majlis tertentu.Namun pada zaman moden sekarang inai menjadi perhiasan yang boleh dikomersilkan malah menjadi sebahagian hasil seni yang sangai indah dan cantik.

Kini,kita boleh melihat banyak kedai - kedai yang menawarkan lukisan inai atau disebut henna menawarkan khidmat melukis inai dengan menetapkan upah harga yang tertentu mahupun untuk sekadar hobi atau suka - suka ataupun untuk majlis perkahwinan.Malah inai turut menjadi trend kepada pelbagai lapisan masyarakat sebagai sebahagian dari fesyen yang mengikut perkembangan semasa.

Dari segi agama pula, inai adalah HALAL dari sisi agama ISLAM kerana inai yang banyak terdapat dipasaran sekarang menggunakan bahan dan ramuan semulajadi.lagipun inai tidak meninggalkan kesan yang kekal kepada kulit seperti tatoo.Inai akan pudar dan hilang sepenuhnya dalam masa beberapa hari berbanding dengan tatu yang kekal pada kulit.


Terdapat pelbagai motif inai yang dapat kita lihat mengikut citarasa pembuat dan permintaan mereka yang meminati lukisan inai  ini.Kebiasaan motif yang digunakan untuk lukisan inai adalah motif bunga dan daun yang lebih bertemakan alam semulajadi.Selain itu terdapat juga corak - corak tertentu yang menekankan tentang konsep garisan  dan pelbagai rekaan corak yang lain dan tertentu mengikut ilham dan idea pelukis inai tersebut.

terdapat pelbagai inai yang dilukis menggunakan pelbagai motif mengikut kebudayaan dan persekitaran seluruh dunia pada masa sekarang.Setiap motif mempunyak keunikannya yang tertentu.


 

Bagi sebahagian golongan pelukis inai yang bergiat serius dalam bidang ini,ramai daripada mereka menjadikan hobi dan aktiviti ini sebagai medium atau laluan untuk mereka mengetengahkan hasil seni mereka kepada masyarakat dan menjadikan ianya sebagai mata pencarian yang memberikan pulangan yang lumayan.
Ianya menjadikan minat dan hobi mereka kepada sesuatu utuk meluahkan hasil karya disamping membantu mereka mendapatkan rezeki untuk mereka.

 
 
 
 




 TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ARTIKEL INI 

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


\



 

No comments: