Thursday, July 30, 2015

PROFILE RINGKAS DATO SERI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK,PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 6


YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis,Pahang.Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

Tahun 1976,beliau beliau berkahwin dengan Tengku Putri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga orang cahaya mata : Mohd Nizar Najib ( 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib.
Pada tahun  1987,beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan  Datin Seri Rosmah Mansur dan dikurniakan dua orang anak : Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.

Beliau juga merupakan sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau merupakan seorang yang memiliki darah bangsawan Makassar iaitu Susur Galur daripada Keturunan Sultan Hassanudin,Sultan Makassar terakhir di Gowa,Sulawesi Selatan.

3 April 2009,Beliau dilantik sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE 6,Menggantikan Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi.

Selain menjadi Perdana Menteri Malaysia beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.

PENDIDIKAN DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St.John,Kuala Lumpur.Kemudian melanjutkan pelajaran beliau di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire,England.Beliau menamatkan pengajian Ijazah Muda dengan kepujian dalam Ekonomi Industri dari Universiti Nottingham,England pada tahun 1974.

SECARA RINGKAS PERJALANAN  POLITIK DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
 Beliau merupakan Ahli Parlimen Pekan,Pahang sehingga sekarang.Beliau merupakan PRESIDEN UMNO yang ke 7 sehingga sekarang.

Beliau mula menceburi bidang politik setelah kematian mengejut bapa beliau,Tun Abdul Razak di London pada 14 Januari 1976 .Ketika berumur 23 tahun,beliau menang tanpa bertanding mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh arwah bapa beliau di Pekan Pahang ketika itu menjadikan beliau merupakan Ahli parlimen paling muda yang dipilih ketika itu.

Tahun 1978,Beliau Menjadi Timbalan Menteri Paling muda apabila dilantik sebagai TIMBALAN  MENTERI TENAGA,TELEKOM DAN POS ketika berusia 25 Tahun.

Tahun 1982-1986,beliau sekali lagi menjadi Menteri Besar paling muda apabila beliau memegang jawatan MENTERI BESAR PAHANG ketika berumur 29 tahun.

Antara Jawatan yang pernah disandang beliau ialah.

1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
1982-1986 - Menteri Besar Pahang
1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
1995-1999 - Menteri Pendidikan



KRONOLOGI  POLITIK

1976,    dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan,Pahang dan Ahli EXCO Pemuda UMNO 

1977-1979, Dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Peternakan (Majuternak) 

1981, Menjadi Ahli Majlis tertinggi UMNO

1982, Memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO

1987, Diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim

1988 ( 25 MEI ),Beliau menjadi ketua setelah UMNO setelah UMNO ditubuhkan semula.

1993,1996,2000 Bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dan mempertahankan jawatan Naib  
                  Presiden dalam pemilihan parti.

2004 Dilantik sebagai TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

2008, Bertanding sebagai Calon Parti Barisan Nasional untuk Parlimen Pekan.Beliau menang dengan
         mendapat indian sebanyak 36262.

ANUGERAH YANG PERNAH DI TERIMA

Tahun Nama Anugerah Pemberi Anugerah
2012 Imam Khalifah Agung Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM)
2012 Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Majlis Perniagaan Global Forum Ekonomi China (WCEF)
2011 Anugerah Kepimpinan Transformasi Forum Ekonomi Cina Dunia
2010 AFC Diamond of Asia Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC)
2010 King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud
2010 Anugerah Persatuan Telekomunikasi dan Maklumat Dunia 2010 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
2007 Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob







GAGASAN 1 MALAYSIA

Diperkenalkan oleh Dato Seri najib bagi memupuk nilai perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009

 BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA ( BRIM )

Dilaksanakan dengan objektif memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang Miskin dan tidak berkemampuan.

BRIM pertama  merupakan bantuan sebanyak RM500.00 kepada isirumah yang berpendapatan RM3000.00 sebulan  atau kurang

BRIM kedua bantuan sebanyak RM500.00 yang diagihkan pada Februari yang memelebihi 2.5 Bilion melibatkan 5.7juta Isi rumah.RM250 diberikan kepada mereka yang belum bekerluarga dan layak menerima BRIM

BRIM ketiga melalui pembentangan bajet 2015 oleh Dato Seri Najib
 Bagi isi rumah RM3000.00 sebulan atau kurang kenaikan BRIM sebanyak RM 650.00-RM950.00 yang akan dibayar 3 kali setahun.
Bagi isi rumah yang berpendapatan RM3000.00-RM4000.00 bantuan BRIM dinaikkan sebanyak RM450 kepada RM750 yang akan dibayar 3 kali setahun.
Bantuan  RM 300.00-RM350.00 bagi individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan gaji tidak melebihi RM2000.00

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA ( PRIMA )

Perumahan Rakyat 1 Malaysia merupakan satu inisiatif yang dibuat dibawah peruntukan akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan mengurus perumahan mampu milik untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan pertengahan terutamanya di kawasan Bandar

Fokus kepada golongan pertengahan dengan harga rumah dari RM 100,000.00 ke RM 400,000.00 untuk dibina dibawah kawasan komuniti padat.

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN.

menggerakkan proses menjalankan Transformasi Kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan awam, meningkatkan kecekapan pengurusan dan menjadikan kerajaan lebih transparen

Langkah-langkah yang dilaksanakan juga termasuk menggunakan Key Performance Indicator @ KPI untuk mengukur kebolehupayaan pegawai dan agensi dan Bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA untuk menjelaskan target kepada kawasan atau bidang spesifik untuk kepentingan rakyat.


KONTROVERSI SEPANJANG KEPIMPINAN DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

1 Malaysia Development Berhad

Kes pembunuhan Shaariibuugiin Altantuyaa

Perhimpunan Kampung Baru 1987 dan Perkauman

Dakwaan Malaysia sebuah negara bukan sekular

Kecekapan dan kemampuan diragui

 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ARTIKEL INI

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.logspot.com

 

 



No comments: