Monday, August 17, 2015

TAHNIAH KEPADA HOSPITAL UMUM SARAWAK UNTUK PENAIKTARAFAN KEMUDAHAN TANDAS DI UNIT KECEMASAN



TAHNIAH KEPADA HOSPITAL UMUM SARAWAK UNTUK PENAIKTARAFAN KEMUDAHAN TANDAS ORANG AWAM. Selama beberapa tahun yang lepas,setiap kali ke unit kecemasan Hospital Umum Sarawak boleh dikatakan keadaan tandas di Hospital umum Sarawak adalah sangat teruk dengan tahap kebersihan yang kurang memuaskan dan keadaan kemudahan seperti mangkuk tandas yang sering mejadi rungutan pengunjung.Setiap kali menggunakan tandas di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak keadaan yang kurang selesa dengan keadaan tandas ketika itu sering menjadi rungutan para pengunjung.

Selain itu,apa yang kurang menyelesakan apabila kita menemui atau terlihat terdapat kesan darah dan pelbagai lagi benda lain di dalam tandas tersebut yang mewujudkan suasana yang meloyakan terutama ketika waktu puncak iaitu waktu pengunjung yang ramai untuk pelbagai sebab terutama di malam hari sehingga pagi hari.



TAHNIAH HOSPTAL UMUM SARAWAK UNTUK PENAIKTARAFAN TANDAS DI  UNIT KECEMASAN

Baru - baru ini saya mengjunjungi Unit kecemasan Hospital Umum Sarawak atas menamani ahli keluarga saya melihat pihak Hospital Umum Sarawak telah membuat penaiktarafan tandas di Unit Kecemasan.Tandas tersebut bukan sahaja bersih dan selesa malah bertambah cantik dengan penambahbaikan untuk kemudahan orang awam yang nmengunjungi Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak atas urusan tertentu.

TAHNIAH ! kepada pihak pengurusan kerana menambahbaik kemudahan tandas di Unit kecemasan kerana anda mendengar dan memahami keperluan orang awam .

Penaiktarafan ini bukan sahaja menampilkan tandas yang kemas dan bersih malah memberikan pandangan yang baik dan elok terhadap pihak Pengurusan Hospital kerajaan selaku wakil sebuah kementerian dan jabatan yang menganjurkan nilai KEBERSIHAN dan KESIHATAN.

Kami berharap tempat - tempat lain boleh mencontohi usaha yang dilakukan oleh Pengurusan Hospital Umum Sarawak sebagai salah satu usaha memperbaiki penyampaian perkhidmatan mereka terhadap orang awam.Secara tidak langsung ianya memberikan persepsi yang elok kepada pihak kerajaan dalam memberikan hospitaliti yang terbaik untuk orang awam.

Pesanan kepada orang awam pula adalah supaya kita sama sama menjaga kemudahan awam dengan menggunakan kemudahan yang diberikan dengan berhemah supaya kemudahan tersebut masih boleh dijaga dan digunakan dalam masa yang panjang untuk memberikan keselasaan kepada semua.

KEEP IT UP !











TAHNIAH KEPADA HOSPITAL UMUM SARAWAK

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


No comments: