Sunday, February 21, 2016

HIASAN DALAMAN RUANG TAMU YANG MENYEMPURNAKAN SETIAP KEDIAMAN ANDA



HIASAN DALAMAN RUANG TAMU YANG MENYEMPURNAKAN SETIAP KEDIAMAN ANDA

Ruang tamu merupakan salah satu ruang yang paling penting dalam melengkapkan ciri - ciri kediaman anda.Ruaqng tamu sememangnya merupakan antara ruang yang paling penting sebagai tempat aktiviti utama dalam sesebuah rumah yang telah siap dibina.

Ruang tamu yang mempunyai pelbagai fungsi dan semestinya anda sangat menitik berat ruang tamu yang merupakan ruang yang akan menterjemahkan segala - galanya mengenai rumah anda.Kebiasaannya pemilihan tema dan warna juga lazimnya dimulakan dengan mengatur ruang tamu sebaik mungkin agar rumah kelihatan memuaskan hati dengan dimasukkan pelbagai perhiasan ,pelbagai perabot serta kelengkapan seperti sofa,televisyen dan pelbagai lagi.


Terdapat pelbagai cara untuk menghiasi ruang tamu anda dengan menyesuaikan susunan perabot dan warna yang bersesuaian agar ianya menjadikan ruang tamu anda merupakan ruang tamu yang sangat cantik  dan menarik dengan selain memasukkan beberapa konsep dan tema dan perhiasan ruang tamu anda.Tidak perlu anda untuk mengupah pereka dalaman kerana anda mampu membuat dan menampilkan sendiri idea - idea menarik untuk menghiaskan ruang tamu di rumah anda.

Setiap orang mungkin mempunyai minat dan citarasa yang berbeza - beza dalam sesuatu idea - mahupun dari segi rekaan perabot,konsep atau tema,warna, penyusunan ruang,perancangan aktiviti ,hiasan lampu dan pelbagai lagi idea kreatif yang difikirkan untuk menghiasi ruang tamu anda.

Jadi pada kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda beberapa idea yang boleh dijadikan inspirasi anda dalam menyusun dan menghias ruang tamu anda agar terserlah konsep " Rumahku,Syurgaku".










































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: