Friday, April 29, 2016

JEJAK CASTING DI KAWASAN HULU SUNGAI SEKITAR BETONG,SARAWAK


JEJAK CASTING DI KAWASAN HULU SUNGAI SEKITAR BETONG,SARAWAK

Walaupun saya seorang yang berasal dari Bahagian Betong,Sarawak rupanya banyak lagi tempat - tempat menarik yang saya belum jelajahi.Bahagian Betong merupakan bahagain di Negeri Sarawak yang mempunyak banyak rumah panjang iban yang mana menandakan sebahagian dari Masyarakat yang mendiami bahagian Betong adalah terdiri dari kaum Iban yang lazimnya membina rumah - rumah panjang di hulu sungai - sungai.

Pada masa - masa dulu kebanyakan Rumah - rumah panjang ini dibina berdekatan dengan di Hulu Sungai yang merupakan sumber bekalan air bersih untuk menjalankan aktiviti - aktiviti seharian termasuk memasak dan mencuci pakaian serta mandi.Selain itu, terdapat aktiviti perikanan seperti memancing dan memasang bubu bagi mendapatkan bekalan makanan selain dari bertani.Kehidupannya adalah sangat dekat dengan alam semulajadi yang begitu tulen dan bersih.Menarik Bukan?


Pada Februari yang lepas saya dijemput oleh Saudara saya tidak lain tidak bukan Mr Syabeli untuk menyertai Trip Casting  ke subuah lokasi yang terletak di Kawasan Hulu Sungai yang berdekatan dengan Perkampungan dan rumah - rumah panjang Iban.


Pertama kali menjejak kaki ke sini,saya terpesona dan terpaku dengan suatu pemandangan indah yang tidak pernah terlintas di fikiran saya.Kehadiran dan kedatangan kami disambut oleh bunyi arus air sungai berbatu yang mengalir.Kehijauan alam semulajadinya serta bunyi - bunyian mergas tua yang turut menemani kami.

Dengan lafaz Bismillah saya memberi salam dan menjejak kaki ke dalam air.Dingin airnya menyapa badan saya memberikan satu keindahan yang sangat mengujakan.Saya ingin berterima kasih banyak - banyak kepada saudara saya Syabeli kerana membawa saya ke sini.Sedikit timbul rasa cemburu di hati kepada penghuni di sekitar kawasan ini yang kehidupannya yang bersama dengan alam semulajadi yang sangat indah,cantik dan tulen ini.Saya doakan semoga Allah memelihara kesejahteraan alam semula jadi ini dari tangan - tangan yang merosakkan sifat semulajadinya.

Perjalanan Casting kami bermula.Gewang di turunkan dan kami menyusuri dingin air dan batu - batuan sungai mencari penghuni di sebalik arus deras du hulu sungai itu.


Sepanjang panjang perjalanan mata saya tidak henti - henti mengamati sekeliling alam seolah - olah masih kurang percaya dengan keindahan yang saya sedang saksikan.dalam hati berkata , rupanya banyak lagi tempat yang saya belum menjejak kaki lagi di kawasan sekitar betong ini dan tempat yang seindah dan secantik ini rupanya ada.

Malah saya menganggap tempat ini amat sesuai jika ianya di jadikan tempat perkelahan dan peranginan dengtan keluarga.Namun perlu ada kawalan keselamatan oleh pihak - pihak tertentu bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.


Trip kami sampai dan bermula pada tengahari  dengan menyusuri arus sungai.

Berikut adalah moment - moment menarik sepanjang trip saya sempat saya ambil dan kongsikan bersama anda semua.














































Trip kami berakhir pada menjelang petang dan walaupun tidak berhasil menaikkan sebarang tangkap namun saya tetap berpuas hati dan sangat teruja dengan trip ini yang membawa saya kembali ke semulajadi yang sangat tulin dan menenangkan.

Masa yang akan datang,saya pasti akan kembali ke sini.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my