Thursday, June 30, 2016

"GLASS SKYSLIDE" MULA DIBUKA DI BANGUNAN TERTINGGI DI LOST ANGELES,AMERIKA SYARIKAT.

 

"GLASS SKYSLIDE" MULA DIBUKA DI BANGUNAN TERTINGGI DI LOST ANGELES,AMERIKA SYARIKAT. 

Ramai yang mengatakan ianya adalah idea gila dan berfikir banyak kali untukmencubanya.Namun itulah hakikatnya dengan tarikan terbaru di Lost Angeles, California mengenai idea untuk menggelongsor di udara melalui lapisan kaca dari tingkat 70 ke tingkat 69 di kedudukan tinggi di udara.
Sungguh begitu ramai yang mula menerima cabaran untuk menggelongsor di atas pelantar kaca transparent pada ketinggian lebih 1000 kaki di udara.Bulan Jun 2016 memulakan pembukaan Glass Skyslide kepada orang ramai yang dibina pada bangunan Bangunan US Bank Tower yang berketinggian 1,018 kaki ( 304 Meter ) bersamaa dengan 72 tingkat.

Glass Skyslide dibina sepanjang 46 kaki ( 14 meter ) menghubungkan tingkat 70 ke tingkat 69 melalui gelongsor yang dibuat dari gentian kaca khas.Lapisan kaca yang digunakan adalah setebal 32 mm yang disokong oleh kerangka besi yang tergantung disisi bangunan tertinggi itu.


Sepanjang menggelongsor melalui gelongsor kaca tersebut , penggunjung akan berpeluang penyaksikan pemandangan indah Bandar Metropoolitan Lost Angeles yang menghampar luas yang merupakan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan.Selain itu alas bagi kemudahan pengunjung semasa menggelongsor juga disediakan.
Skyslide merupakan sebahagian daripada 2,800 kaki persegi (260 meter persegi) Dek Pemerhatian Skyspace, yang dicipta oleh Singapura pemaju OUE Limited selepas membeli pencakar langit pada tahun 2013.

Destinasi pelancongan baru di bahagian atas banguanan ini memberikan pemandangan 360 darjah bandar dan landskap sekitarnya.Selain itu terdapat ruang acara dan pameran interaktif serta slaid, yang disediakan oleh OUE . Pihak OUE menggambarkan ianya sebagai "thrill experience unlike any other"

Bayaran masuk ke Skyspace berharga $ 25 (£ 17) dan menunggang Skyslide pula memerlukan tambahan
 $ 8 (£ 6).
 









AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my





Wednesday, June 29, 2016

30 REKAAN RUANG DAPUR MODEN YANG MENJADI IDAMAN SETIAP SURIRUMAH


 30 REKAAN RUANG DAPUR MODEN YANG MENJADI IDAMAN SETIAP SURIRUMAH 

Setiap manusia tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai impian untuk mempunyai sesuatu seperti kereta mewah,rumah yang cantik, Smartphone, dan banyak lagi keinginan untuk mempunyai sesuatu yang diidamkan dalam dunia ini.
 
Ini termasuk juga seorang wanita yang begelar surirumah yang sentiasa berusaha mencukupkan dan melengkapkan keperluan isi rumah dan menguruskan rumahtangga sebaik mungkin.Namun begitu, dari sudut lain pastinya ada idaman - idaman yang lainnya seperti dapur yang moden dan cantik bagi kepuasan dalam menyediakan keperluan makanan dan memasak hidangan yang enak - enak untuk seisi keluarga.
Saya menghargai kerajinan golongan perempuan yang tekun dan gigih memasak di dapur dan menghidangkan apa jua jenis makanan dengan sepenuh jiwa dan raga.Kerana kasih sayang banyak digambarkan melalui makanan atau masakan yang turut menterjemahkan ketulusan dan keikhlasan untuk dinikmati seseorang.Begitu juga ruangan dapur yang moden dan indah ini sedikit sebanyak memainkan peranan untuk para surirumah menyediakan yang terbaik dalam masakan untuk seseorang.


Saya tertarik dengan beberapa rekaan ruang dapur yang saya jumpai dalam Yahoo.com yang boleh dijadikan inspirasi dan impian setiap surirumah yang sering bekerja di dapur.Selain itu, secara peribadi saya sendiri juga mengimpikan sebahagian dari rekaan tersebut kerana saya sendiri juga sering ke dapur untuk mencuba memasak masakan yang saya ingini.

Saya percaya rekaan - rekaan ruangan dapur ini adalah impian bagi setiap suri rumah kerana bagi seorang suri rumah ruangan dapur adalah ruangan untuk mereka berkerja menampilkan karya - karya masakan mereka kepada ahli - ahli keluarga yang di kasihi.

Pandangan lain saya juga mengatakan surirumah yang cekap dan cemerlang akan mendedikasikan setiap masakan mereka tidak mengira apa juga jenis dapurpun demi yang tercinta dan tersayang.

Kata orang dalam rumah tangga....bahagia perempuan pada senyuman.. bahagia lelaki pada perutnya ; )

 


























 




rujukan dan sumber di Sini.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
 

KUCHING SKINHEAD ( LIVE ) BY THE RUDEBOYS AT KUCHING WATERFRONT


 KUCHING SKINHEAD ( LIVE ) BY THE RUDEBOYS AT KUCHING WATERFRONT


KUCHING SKINHEAD ( LIVE ) BY THE RUDEBOYS AT KUCHING WATERFRONT

Kuching Skinhead adalah lagu dendangan asal Band The Rudeboys sendiri yang merupakan Track terawal dalam awal kemunculan The Rudeboys dalam induatri muzik Oi !  pada tahun 2008.Album Kuching Skinhead Crew yang turut membariskan lagu - lagu seperti Born To Be True Skin , Pure From The Brain dan banyak lagi merupakan antara lagu - lagu yang menjadi carian anak - anak Skinhead pada zaman kegemilangan angkatan Skinhead di Kuching pada ketika itu.

Kuching Skinhead yang dipersembahankan diratusan peminat Skinhead di Amphiteater Waterfront Kuching,Sarawak meriah dengan sambutan ramai dari Peminat Skinhead yang sentiasa menunggu kemunculan persembahan The Rudeboys yang membawa lagu Kuching Skinhead pada malam itu.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



WHERE HAVE ALL THE BOOTBOYS GONE ( COVER ) BY THE RUDEBOYS AT KUCHING WATERFRONT


WHERE HAVE ALL THE BOOTBOYS GONE ( COVER ) 
BY THE RUDEBOYS AT WATERFRONT KUCHING , SARAWAK.


 WHERE HAVE ALL THE BOOTBOYS GONE ( COVER ) 
BY THE RUDEBOYS AT WATERFRONT KUCHING , SARAWAK.

Pada tahun lepas saya merakamkan Video ini di satu gigs Underground yang diadakan di Amphiteater Waterfront Kuching Sarawak yang dihadiri oleh ratusan peminat Subculture Skinhead dari seluruh Kuching yang turut memeriahkan Gigs ini.Lagu Where Have All The Boys Gone dinyanyikan oleh Band Skinhead terkenal dari Kuching Sarawak,The RudeBoys yang turut menggamatkan suasana dengan aksi " Pogo" yang menghidupkan suasana pada malam itu.

Where Have All The Bootboys Gone adalah sebuah lagu yang sering menjadi dendangan anak muda yang meminati Subculture Skinhead.Lagu yang merupakan dendangan asal Band ACAB merupakan antara lagu yang sangat popular dikalangan Skinhead.Lagu yang berceritakan tentang memori kegemilangan Skinhead pada semangat setiakawan.

LIRIK 
WHERE HAVE ALL THE BOOTBOYS GONE

I still remember those glory days
Where no one dared to get in our ways
It only seems like yesterday
Seeing boots and braces all the way

We used to live out on the streets
We used to drink and used to steal to eat
We shared the joy and we shared the pain
I've never thought you'd call it a day

We were so proud
We were so strong
But now where have all the bootboys gone?
The joy we had
The pain we shared
Are always on my mind.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my