Wednesday, June 29, 2016

30 REKAAN RUANG DAPUR MODEN YANG MENJADI IDAMAN SETIAP SURIRUMAH


 30 REKAAN RUANG DAPUR MODEN YANG MENJADI IDAMAN SETIAP SURIRUMAH 

Setiap manusia tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai impian untuk mempunyai sesuatu seperti kereta mewah,rumah yang cantik, Smartphone, dan banyak lagi keinginan untuk mempunyai sesuatu yang diidamkan dalam dunia ini.
 
Ini termasuk juga seorang wanita yang begelar surirumah yang sentiasa berusaha mencukupkan dan melengkapkan keperluan isi rumah dan menguruskan rumahtangga sebaik mungkin.Namun begitu, dari sudut lain pastinya ada idaman - idaman yang lainnya seperti dapur yang moden dan cantik bagi kepuasan dalam menyediakan keperluan makanan dan memasak hidangan yang enak - enak untuk seisi keluarga.
Saya menghargai kerajinan golongan perempuan yang tekun dan gigih memasak di dapur dan menghidangkan apa jua jenis makanan dengan sepenuh jiwa dan raga.Kerana kasih sayang banyak digambarkan melalui makanan atau masakan yang turut menterjemahkan ketulusan dan keikhlasan untuk dinikmati seseorang.Begitu juga ruangan dapur yang moden dan indah ini sedikit sebanyak memainkan peranan untuk para surirumah menyediakan yang terbaik dalam masakan untuk seseorang.


Saya tertarik dengan beberapa rekaan ruang dapur yang saya jumpai dalam Yahoo.com yang boleh dijadikan inspirasi dan impian setiap surirumah yang sering bekerja di dapur.Selain itu, secara peribadi saya sendiri juga mengimpikan sebahagian dari rekaan tersebut kerana saya sendiri juga sering ke dapur untuk mencuba memasak masakan yang saya ingini.

Saya percaya rekaan - rekaan ruangan dapur ini adalah impian bagi setiap suri rumah kerana bagi seorang suri rumah ruangan dapur adalah ruangan untuk mereka berkerja menampilkan karya - karya masakan mereka kepada ahli - ahli keluarga yang di kasihi.

Pandangan lain saya juga mengatakan surirumah yang cekap dan cemerlang akan mendedikasikan setiap masakan mereka tidak mengira apa juga jenis dapurpun demi yang tercinta dan tersayang.

Kata orang dalam rumah tangga....bahagia perempuan pada senyuman.. bahagia lelaki pada perutnya ; )

 


























 




rujukan dan sumber di Sini.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
 

No comments: