Tuesday, June 14, 2016

BOON SIEW HONDA MELANCARKAN MOTOSIKAL RS150R

BOON SIEW HONDA MELANCARKAN MOTOSIKAL RS150R

Semalam telah berlangsung pelancaran model baru motosikal kapchai 150 CC di Kuala Lumpur yang mana disempurnakan oleh Pengarah Syarikat Boon Siew Honda,Datuk Seri Tan Hui Jeng.Pelancaran model terbaru ini semestinya dinantikan oleh ramai peminat motosikal jenama Honda yang ingin memiliki dan merasai kehebatan model terbaru dari Honda ini.

RS150R atau juga dikenali sebagai Honda Winner 150 di Pasaran Vietnam membuka harga pasaran mereka bermula dari RM 8,213 untuk model Standar sehingga RM8,372 untukmodel Advanced.

BACA JUGA :  SENARAI KERETA - KERETA KELUARAN SYARIKAT PROTON DARI TAHUN 1985 SEHINGGA 2015

Dari aspek prestasi, Honda RS150R  dikuasakan unit enjin suntikan bahan api PGM-FI berkapasiti 150cc DOHC. Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 15.4hp pada 9,000rpm dan tork puncak 13.5Nm (6,500rpm).

Selain itu di Majlis yang berlainan Boon Siew Honda juga telah membuat perancangan pasaran dengan turut  memasarkan komponen aksesori bagi Honda RS150R yang turut merupakan hasil kerja sama dengan Racing Boy.

Ramai yang mula mengataka bahawa pelancaran model RS150R ini akan memberikan saingan kepada model Yamaha Y15ZR memandangkan Spek yang lebih kurang sama dan juga dari segi harga.

Video yang dipaparkan adalah beberapa maklumat dan penjelasan mengenai model terbaru  RS150R ini.












































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my







No comments: