Monday, June 06, 2016

CITRA FLORA PAGI HARI DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK


CITRA FLORA PAGI HARI DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK

Balik Kampung lagi.

Kepulangan ke Kampung semestinya memberikan anda pemandangan yang dipenuhi dengan keindahan flora - fauna dan keharmonian kehidupan masyarakat.Pagi hari anda tidak disesakkan dengan bunyi dan bau kesibukan kota yang kadang - kadang membingitkan.

Pagi hari yang tenang dan cerah,duduk diberanda rumah sambil memerhatikan bunga - bunga,tanaman dan tumbuhan yang berseri dan meliar merata seakan memberikan anda rasa dan tenang dan nyaman dengan udara bersih dan anak - anak kecil yang riang yang bermain di sepanjang kawasan kediaman rumah.


Hijau dan seri warna flora yang terdapat disekeliling kawasan kediaman keluarga saya di Kampung Pusa nampaknya menarik perhatian saya kali ini.Oleh itu saya kali ini berjalan di sekitar kawasan rumah untuk mem"foto"kan flora - flora yang ada sementara menunggu sedikit waktu untuk menghadiri Majlis Kenduri dan Jamuan menyambut Ramadhan di rumah - rumah saudara mara di sepanjang hari itu.




































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: