Tuesday, June 14, 2016

INOVASI PERABOT - PERABOT KREATIF DARI KAYU PALETTE

INOVASI PERABOT - PERABOT KREATIF DARI KAYU PALETTE

 Mungkin ramai yang tidak pernah terfikirkan sekiranya kayu pallette mampu menjadi apa sahaja jenis perabot - perabot yang boleh dimanfaatkan dengan pelbagai cara.Kreativiti menghasilkan perabot - perabot rumahn dari kayu palette bukan sahaja membantu mengurangkan kos malah membantu penjaga alam sekitar dengan menggunakan kembali kayu - kayu palette yang terbuang atau tidak digunakan lagi menjadi sesuatu yang boleh digunakan,.

selain itu kayu - kayu palette ini senang dan mudah untuk didapati.Anda boleh pergi ke kilang - kilang atau gudang dan bertanyakan tentang kayu palette yang tidak digunakan maka anda akan mendapatkan banyak kayu palette untuk dijadikan perabot.Dan anda akan menjimatkan kos dengan mendapatkan kayu palette dengan kos yang sangat minimum atau murah.


Sejak akhir - akhir ini pelbagai inovasi - inovasi yang dihasilkan dari kayu palette yang menarik perhatian ramai pihak dan peringkat.Malah ramai yang mula berminat dengan tema atau konsep yang menggunakan kayu palette.Mahupun restaurant,kedaim makan atau warung ataupun perabot kegunaan rumah tampak menarik apabila hasilnya siap.Malah semakin ramai yang berminat untuk menghasilkan rekaan - rekaan  perabot sendiri daripada kayu palette.

Selainitu juga rekaan pelette itu sendiri telah memudahkan kerja - kerja yang perlu dilakukan dalam penghasilan perabot dari kayu palette.Anda boleh lihat dalam gambar - gambar yang mana beberapa inovasi - inovasi yang menghasilkan perabot - perabot kayu yang bukan sahaja kreatif tapi saya boleh katakan berkualiti dari segi rekaan nya yang mana materialnya adalah dari kayu pallette.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda inspirasi untuk leboh mencari kreativiti dan inovasi,Siapa tahu sekiranya ia mampu mengubah hidup.Sedikit mesej dari saya,cintailah alam sekitar..sokonglah penggunaan semula bahan terpakai dan terbuang untuk sama - sama menjadikan alam semulajadi yang lebih baik untuk generasi akan datang.






























AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi,blogspot.my



No comments: