Friday, August 19, 2016

MASYARAKAT PERIBUMI DAN SUKU - KAUM DI NEGERI SARAWAK BUMI KENYALANG


MASYARAKAT PERIBUMI DAN SUKU - KAUM DI NEGERI SARAWAK BUMI KENYALANG

Negeri Sarawak merupakan negeri yang paling besar di dalam Negara Malaysia iaitu mempunyai seramai kira kira 2.07 Juta orang penduduk secara keseluruhan sehingga tahun 2016.Kuching merupakan sebuah bandaraya yang merupakan Pusat atau Ibu Negeri Sarawak yang menempatkan kira - kira 500,000 orang penduduk yang terdiri dari berbilang bangsa dan suku kaum bumiputera dan juga bukan bumiputera.

Kepelbagaian Etnik dan suku kaum ini menampakkan kemajmukan penduduk di Negeri Sarawak yang mempunyai kira kira 27 Etnik yang hidup dalam semangat harmoni dan bersatu padu tanpa mengira perbezaan antara satu dengan yang lain.Kesemua etnik dan suku kaum ini mempunyai bahasa,kebudayaan dan cara kehidupan yang tersendiri termasuk juga perihal adat nya yang unik mengikut suku kaum.
Etnik suku kaum yang diterdapat di Sarawak juga boleh dibahagikan mengikut penempatan seperti pantai persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di kawasan dataran pantai, lembah - lembah sungai.

Berikut merupakan senarai etnik dan suku kaum yang terdapat di Negeri Sarawak

 SUKU - KAUM DI SARAWAK SECARA UMUM
  1. Iban
  2. Cina
  3. Melayu
  4. Bidayuh
  5. Melanau
  6. Kayan
  7. Kenyah
  8. Lun Bawang
  9. Penan
  10. Kelabit
  11. Kedayan
  12. Bisaya
  13. Berawan
  14. Lahanan
  15. Sekapan
  16. Kejaman
  17. Punan
  18. Baketan
  19. Ukit
  20. Sihan
  21. Tagal
  22. Tabun
  23. Saban
  24. Lisum
  25. Longkiput
  26. Kadazandusun
  27. Murut
Melihat secara lebih dalam Peribumi dan suku - kaum di Negeri Sarawak Bumi Kenyalang boleh di pecahkan kepada senarai - senarai yang berikut.

SUKU KAUM BUMIPUTERA
  • Dayak
    • Iban (Dayak Laut)
      • Sebuyau (Iban Sebuyau)
      • Remun (Iban Remun)
      • Balau (Iban Balau)
      • Saribas (Iban Saribas)
      • Iban Ulu Ai
      • Iban Undup
      • Iban Rajang
    • Bidayuh (Dayak Darat)
      • Biatah - Padawan
      • Bukar/Sadong - Serian
      • Jagoi/Singai - Bau
      • Selakau/Lara - Lundu
  • Melayu Sarawak
    • Brunei (Melayu Brunei)
    • Dayak Muslim
    • Melayu Sumatera
  • Melanau
    • Melanau Mukah
    • Melanau Dalat
    • Melanau Oya
    • Melanau Matu-Daro-Rejang
    • Melanau Ba'ie (Bintulu)
    • Melanau Balingian
    • Melanau Miri
    • Melanau Igan
  • Orang Ulu:-
    • Kayan
    • Kenyah
    • Kajang
    • Kejaman
    • Punan
    • Ukit
    • Penan
    • Lun Bawang
    • Lun Dayeh
    • Murut
    • Berawan
    • Kelabit
  • Bisaya
  • Kedayan
SUKU KAUM BUKANBUMIPUTERA
  • Cina
    • Suku Hokkien
    • Suku Hakka
    • Suku Yue (Kantonis)
    • Suku Hainan
    • Suku Hoklo
    • Suku Hui
    • Suku Henghua
    • Suku Peranakan
    • Suku Teochew
    • Suku Lu
  • India
    • Suku Tamil
    • Suku Bengali
    • Suku Gujerati
    • Suku Malayali
    • Suku Sinhala
    • Suku Telugu
    • Suku Punjabi
  • Kaum Peranakan
    • Baba dan Nyonya
    • Chetty
Senarai suku kaum yang disenaraikan di atas adalah antara etnik dan suku kaum bumiputera dan bukan bumiputera yang terdapat di Negeri Sarawak yang terkenal dengan gelaran lain ,Bumi Kenyalang.Ini adalah kerana di Borneo terutama di Negeri Sarawak yang terdapat banyak burung kenyalang yang menjadi simbol kebanggan seluruh rakyat Negeri Sarawak.

 TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Ramai yang belum berkunjung ke Sarawak memberikan pandangan yang kurang tepat kepada Negeri Sarawak dengan membayangkan Negeri Sarawak adalah negeri yang mundur sehingga ada yang beranggapan Sarawak masih mengamalkan adat berumah di atas pokok dan penduduknya memakai cawat.

Ya mungkin dinafikan bahawa ianya adalah gambaran kepada negeri Sarawak untuk beribu Tahun yang lepas semasa zaman nenek moyang kami.Namun pada hari ini setelah melalui pembangunan yang sejajar dengan perkembangan dan kemodenan penduduk Masyarakat kami di Sarawak telah turut melalui zaman pemodenan yang seiring dengan perkembangan semasa.
Turut tidak dinafikan sejarah Pahlawan Dayak di Negeri Sarawak yang terkenal dengan Budaya memenggal kepala pada suatu ketika dahulu.Namun harus di ketahui bahawa mereka - mereka yang dipenggal kepada merupakan pihak musuh, pengkhianat atau penceroboh di suatu suatu kawasan dan peristiwa peperangan di di suatu ketika dahulu.pada masa kini,bekas - bekas peristiwa sejarah pemenggalan kepada tersebut masih ddapat di lihatr dikebanyakkan rumah - rumah adat dan rumah - rumah panjang sebagai simbol peringatan dan juga menitipkan pesan kepada generasi mendatang akan semangat kepahlawan yang mengalir dalam memperjuangkan kedaulatan tanah negeri Sarawak dan  juga kaum serta bangsa.Malah pepatah "Agi Idup Agi Ngelaban " masih begitu kukuh dan kuat menjadi cogan kata yang menjadi azimat akan semangat perjuangan untuk seluruh rakyat Sarawak.

Kepada yang belum pernah berkunjung ke Sarawak bolehlah mengunjungi Negeri Sarawak untuk melihat sendiri keindahan dan kecantikan negeri Sarawak.

Selain itu keindahan dan kecantikan masyarakat pelbagai kaum sering menarik perhatian di mana - mana sahaja terutama Masyarakat peribumi Sarawak yang dikatakan antara yang tercantik di rantau ini.Berikut saya kongsikan warna warni wajah - wajah Masyarakat Peribumi dan Suku kaum di Negeri Sarawak.













































Sumber rujukan


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



Monday, August 01, 2016

40 KOLEKSI GAMBAR - GAMBAR ANAK KUCING YANG TERLAJAK COMEL


40 KOLEKSI GAMBAR - GAMBAR ANAK KUCING YANG TERLAJAK COMEL

Hati siapa yang tak cair melihat gelagat si kecil kitty yang sedang lincah bermain dengan pelbagai aksi - aksi yang sangat menghiburkan dan mencuit hati.Semua orang ingin memegan dan bermain dengan nya setiap kali terlihat dan terjumpa dengan mereka yang sedang nakal bermain dan bergurau - gurau dengan apa jua pun.
Anak - anak kucing walau apa pun sememangnya nampak comel dan mencuit hati walau di mana saja mereka berada.Sehingga kan ramai pencinta kucing begitu gemar dan tertarik untuk bermain dengan anak - anak kucing ini.Malah mereka dilayan seperti anak - anak kecil.Kehadiran anak - anak kucing sememangnya akan membuatkan hari - hari yang ceria melihat pelbagai telatah mereka yang menghiburkan.


Tidak hairan mengapa sesetengah pencinta kucing sanggup membuatkan apa sahaja untuk memiliki si kecil ini untuk mengisi ruang kesepian dan menjadi penghibur di kala duka terutama mereka yang belum berkahwin.

Kehadiran mereka sememangnya mewarnai hari - hari dengan usikan dan gurauan mereka.

40 Koleksi gambar - gambar anak kucing atau kitten yang terlajak comel lagi mencuit hati ini adalah koleksi dari pelbagai sumber.

Mereka memang sangat sangat sangat comel

Miooowwwwwwww...

































 








AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my