Wednesday, March 15, 2017

PANDUAN DAN TIPS ASAS TROLLING OLEH PENGAIL TEGAR


Memancing merupakan salah satu kegiatan yang sangat memberi kepuasan terutama nagi mereka yang bergiat secara aktif dalam aktiviti ini.Namun begitu, adalah penting juga untuk mempelajari  teknik - teknik asas memancing.Salah satunya adalah Trolling.
Pengail Tegar berkongsikan beberapa panduan dan tips asas teknik trolling yang mana telah diterbitkan dalam salah satu segmen dalam  Majalah "UMPAN"

 PANDUAN DAN TIPS ASAS TROLLING OLEH PENGAIL TEGAR

TROLLING merupakan satu teknik memancing dengan cara menunda gewang dibelakang sampat bot,kapal dan sebagainya.Trolling di laut,muara dan sungai mempunyai perbezaan yang ketara dan memerlukan peralatan dan yang sesuai.Di sinis aya kongsikan beberapa tips untuk troling di muara atau sungai kecil.

STRUKTUR SUNGAI

Sebelum melakukan teknik trolling , kita perlu mengenalpasti struktur sungai terlebih dahulu.Ianya kuruang sesuai sekiranya struktur sungai terdapat banyak bangkar kayu mati.Trolling dilakukan berhampiran reba atau kawasan tanah runtuh tau berhampiran dengan susur tebing.Ini kerana lazimnya ikan - ikan gemar bermain di dasar kawasan tersebut untuk mencari makanan atau menghendam mangsa.

GEWANG

Gewang yang paling sesuai digunakan untuk teknik ini adalah selaman 3 meter hingga 5 meter bergantung pada paras air sungai tersebut.Tidak kisahlah jenis atau jenama gewang apa yang ingin digunakan.Selain gewang selaman dalam,gewang selaman cetek atau Minnow juga boleh digunakan  meskipin peratuasan strike lazimnya berpihak kepada gewang selaman dalam.

JORAN

Untuk keselesaan trolling di muara sungai memadai joran aksi sederhana ( Medium Heavy ).Disarankan joran kekuatan 6-12 lb , 6-16lb , 8-17 lb, 8-20lb, atau 10-20lb . Panjang Joran pula sebaiknya 6 hingga 7 kaki panjang.

TALI DAN PERAMBUT

tali yang digunakan untuk trolling haruslah tidak terlalu halus atau kasar.Jika terlalu halus , ia akan mudah putus jika tersangkut atau disentap oleh ikan bersaiz besar. Jika terlalu kasar pula ia akan menghasilkan getaran dan bunyi semasa ditunda. Ia akan menyebabkan bunyi bising dan peluang untuk strike ikan agak nipis. Cadangan paling sesuai adalah dalam 20 lb - 30 lb sahaja atau diameter tali 0.18 mm - 0.28 meter.

JARAK

Berkaitan dengan jarak,terdapat dua perkara yang perlu diketahui semasa trolling.Pertama adalah adalah jarak antara bot dengan tebing dan kedua adalah jarak antara bot dengan gewang.Semasa Trolling, jarak yang paling sesuai dengan bot adalah antara 5 - 10 meter. Pada kedudukan jarak ini, gewang selaman dalam kita gunakan akan sampai ke sasaran. Jika terlalu jauh ke tengah sungai , gewang tidak akan sampai ke dasar,

Jarak yang kedua perlu dipertimbangkan adalah jarak antar bot dengan gewang yang kita tunda di belakang bot. Kebiasaannya jarak paling sesuai adalah antara 30-50 meter. Amat sesuai jika menggunakan tali yang berwarna - warni kerana lebih senang buat ukuran ( 10 meter setiap warna ).

KELAJUAN

Tip inia dalah antara yang terpenting perlu diketahui jika melakukan teknik trolling. Semasa Trolling pastikan bot dalam kelajuan paling minima. Kerana ini dapat memberi peluang kepada ikan untuk mengejar gewang tersebut. Jika bot dalam keadaan laju, kebanyakan ikan tidak mahu mengejar ataupun tidak dapat mengejar gewang tersebut.

PENYELAMAT GEWANG

Jangan Lupa ! Amat penting untuik kita membawa alat ini. Ini Kerana , semasa trolling peluang untuk gewang tersangkut pada batu dan kayu di dasar sungai adalah tinggi.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: