Tuesday, May 16, 2017

MINIMALISME.KONSEP DAN IDEOLOGI YANG SEMAKIN POPULAR DI NEGARA JEPUN .

 

MINIMALISME.

KONSEP DAN IDEOLOGI YANG SEMAKIN POPULAR DI JEPUN .


 Apa Itu Minimalisme ?

Takrifan dalam Wikipedia menyatakan Minimalisme merupakan satu gerakan meminimumkan kerja atau karya kepada sifat-sifat atau ciri-cirinya yang paling asas dalam seni dan reka bentuk, terutamanya dalam seni visual dan muzik.

Selain itu Minimalisme juga menekankan tentang konsep "Meminimumkan kuantiti dan memaksimumkan kualiti" 

Minimalisme juga sangat mementingkan konsep kesederhanaan dan mengambilkira keperluan secara total sebelum meletak dan mengambil sesuatu barang atau entiti.


Miminalisme Di Negara Jepun .

Negara Jepun merupakan antara negara yang berada di hadapan dalam melaksanakan sesuatu ideologi ataupun filosofi dalam membentuk pemikiran atau pegangan sivil rakyat atau masyarakatnya.mahupun dari segi prinsip kehidupan,pelaksanaan kerja dan pelbagai lagi sisi lainnya.Maka,tidak menghairankan sekiranya prinsip seperti 5 S mereka menjadi ikutan dan pegangan yang diamalkan di seluruh dunia terutamanya dalam sektor perkerjaan dan juag kehidupan.

Minimalisme adalah merupakan salah satu gerakan yang semakin mendapat tempat dan popular di negara Jepun.

Tokoh - tokoh penerbit buku seperti Marie Kondo menjadi terkenal dengan menulis dan menerbitkan buku mengenai minimalisme yang membicarakan dan membincangkan tentang perihal membuang segala - galanya dan mengekalkan dan menjagakan apa yang perlu sahaja.

Gerakan minimalisme ini di lihat semakin menonjol dan meningkat naik pada masa kini di mana unsur yang diamalkan oleh Buddha Zen dijadikan asas prinsipnya iaitu menanamkan keinginan untuk kesederhanaan. " Less is More " maksudnya semakin kurang maka semakin baik.

Selain itu di negara Jepun , dilihat dari sudut yang lebih praktikal, ianya amat berkesan dalam mengurangkan kos sara hidup datau kos - kos yang lain.Lagipun, negara Jepun adalah negera yang kerap dilanda gempa bumi dan statistik menunjukkan hampir separubh daripada kecederaan adalah berpunca dari barang yang jatuh semasa gempa bumi.Maka secara tidak langsung dengan meminimumkan barangan di suatu ruang ianya akan turut mengurangkan risiko kecederaan semasa bencana alam seperti gempa bumi.

Gambar - gambar yang akan saya kongsikan berikutnya merupakan sebhagaian dari rekabentuk dan gaya hidup minimalisme yang telah dijadikan gaya hidup oleh sebahagian dari masyarakat di negara Jepun yang ternyata telah membantu ramai dari mereka untuk mencapai kebebasan dan ketenangan di samping membentuk prinspip hidup yang sempurna seperti yang diimpikan sebahagian dari semua orang.

Mudahan bermanfaat.





































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my