Monday, October 30, 2017

DUGAAN HATI

Ada banyak cara Allah menduga manusia terutamanya soal hati dan ramai manusia yang sering dan telah tewas dengan cobaan hati ini.

Telah  diriwayatkan kering air dilautan muka bumi takkan cukup untuk dijadikan dakwat menulis keinginan manusia sedangkan apabila sampai masa ajal manusia yang dibawa hanya sehelai kain kafan dan sekujur jasad kaku dan amalan sepanjang hayat hidup.

Sungguh Allah itu Maha Luas di kampung akhirat.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
30.10.2017,Isnin

Friday, October 27, 2017

PUISI CINTA KARYA KAHLIL GIBRAN

Mengapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan
Itu kerana hal terindah di dunia
Tidak terlihat ketika kita menemukan
Seseorang keunikannya sejalan dengan kita,
Kita bergabung dengan nya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan cinta.

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.
Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan,
Tapi, melepaskan bukan akhir dari dunia.
Melainkan suatu awal kehidupan baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yang tersakiti,
Mereka yang telah dan tengah mencari dan mereka yang telah mencuba,
Kerana merekalah yang bisa menghadapi betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Cinta yang sebenarnya
Adalah ketika kamu menitiskan airmata dan masih peduli terhadapnya.
Adalah ketika dia tidak mempedulikamu dan
kamu masih menunggunya dengan setia,
adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum dan berkata
"aku turut berbahagia untukmu".

Apabila cinta tidak bertemu bebaskan dirimu,
Biarkan hatimu kembali ke alam bebas lagi.
Kamu mungkin menyedari bahawa kamu menemukan cinta dan kehilangannya,
Tapi ketika cinta itu mati,
Kamu tidak perlu mati bersama cinta itu,
Orang yang bahagia bukanlah mereka yang selalu mendapat keinginannya,
Melainkan mereka yang tetap bangkit ketika mereka jatuh,
Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan.
Kamu belajar tentang dirimu sendiri,
dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada,
Cintamu tetap dihatinya sebagai penghargaan abadi atas pilhan pilihan hidup yang telah kau buat.

Teman sejati,
Mengerti ketika kamu berkata "aku lupa..."
menunggu selamanya ketika kamu berkata "tunggu sebentar ".
tetap tinggal ketika kamu berkata " tinggakan aku sendiri".
membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan berkata "bolehkah saya masuk? ".

Mencintai juga
Bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila ia berbuat kesalahan,
melainkan bagaimana kamu memaafkan,
Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan,
Melainkan bagaimana kamu mengerti,
Bukanlah apa yang kamu lihat,
Melainkan apa yang kamu rasa,
Bukanlah bagaimana kamu melepaskan,
Melainkan bagaimana kamu bertahan.

Mungkin akan tiba saatnya di mana kamu harus berhenti mencintai seseorang,
Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita,
Melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Kadangkala,
Orang yang paling menyintaimu,
Adalah orang yang tidak pernah menyatakan cinta kepadamu,
Kerana takut kau berpaling dan memberi jarak.
Bila suatu masa pergi,
Kau akan menyedari bahawa dia ada lah cinta yang tak kau sedari.

Kahlil Gibran

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

JANGAN TAKUT UNTUK BELAJAR PERKARA BARU

Jangan pernah takut untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk belajar mengenai perihal perkara-perkara baru untuk menyempurnakan dan memperindahkan kehidupan dan diri selagi masih mampu dan bernafas.You Happy ? then just go, you will be the luckiest guy.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Thursday, October 26, 2017

MAKANAN LEBIH MEMBAHAGIAKAN DARI PEREMPUAN

Untuk lelaki,makanan lebih membahagiakan dari perempuan melainkan perempuan itu menyediakan makanan dan membawanya pergi makan.Tidak hairan kenapa kebanyakan lelaki sayangkan nenek,ibu,beradik atau saudara perempuan yang menyedia dan memberinya makan di dunia ini.Begitu juga kekasih dan pasangannya.Kepada perempuan,rajin rajinlah memberi atau buatkan makanan untuk lelaki.Jadikanlah diri anda lebih membahagiakan dari makanan di dunia ini.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

CATATAN DIRI DAN PERJALANAN INI

CATATAN DIRI DAN PERJALANAN INI

Jauh telah perjalanan,Luas juga pemandangan yang telah dilalui,Bertambah juga pengalaman dari setiap pelajaran dan pengajaran yang dihadapi.Hidup tidak akan pernah berakhir dan hancur melainkan ianya adalah proses menyempurnakan satu demi satu bagian hidup dan diri kita untuk membina pendirian kita yang tersendiri.Hidup harus diteruskan.Namun pengalaman yang lepas tidak kira pahit atau manisny harus juga disimpan sebagai sebuah catatan dan ingatan untuk diulangkaji dan disemak kembali sebagai pelajaran yang berharga lagi bernilai untuk menggali pengertian yang tepat dalam mencari dan menjejak kehidupan yang penuh makna,kedamaian,ketenangan dan kelapangan dan seperti yang kita mahukan.Jangan pernah patah hati dan kecewa dalam hidup.Dunia belum kiamat,dunia belum berakhir.Teruskan perjalanan hidupmu dan pelajaranmu dan binalah pendirian dan peganganmu.Hidup memang takkan mudah dan hidup juga sementara.Perindahkanlah hidupmu dengan mengembara ke dunia dan dirimu sendiri.Jangan pula banyak bermimpi dan khayal dan hilang dalam dirimu sendiri kerana realiti dan alam semulajadi banyak pengertian yang menanti.Hayatilah dan dalamilah.Nasibmu juga ditanganmu sendiri,Jangan meletakkan nasibmu ditangan orang lain sebelum bimbang,takut,risau dan gelisah akan menyelubungimu kelak.Kuasai dan kawal diri sendiri.Pergi ke mana saja tempat yang kau ingin pergi.Nikmatilah perjalanan dan pengembaraanmu.Makan apa yang kau terasa nak makan,Nikmati manis,masam,pahit dan momen-momen serta jangan lupa mensyukuri.Teruskan pengembaraan dan udara bebas,bersih dan nyaman kau hirup semahunya.Malam dan keindahan langit dan bulan bintang dan kau kejar dan lagi dari pantai dan laut dan hutan hijau adalah teman yang banyak inspirasi dan ilham serta kenangan terindah.Jalani hidup semahunya untuk kau nikmati dan menjejak kenangan dan impian dan pengetahuan.Belajar seberapa byk dr perjalanan dan pengalaman.Mudahan lapang dan tenang.

HIDUP HARUS KAU NIKMATI SEMENTARA MASIH BERDIRI DAN DI SINI SEBELUM MATI.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

DIRI KITA IBARAT AIR

IBARAT AIR

Ibarat air,mengikut apa juga bentuk dan unsurnya ketika dituangkan dalam bekasnya,umpama diri kita yang harus tetap pada pendirian kita selagi mana ianya tidak membinasakan diri sendiri.

Ibarat air, tetap juga air ketika dititikkan warna dan lain lain unsur yang selainnya diibaratkan diri kita yang tetap menjadi dan berpegang diri sendiri dan tidak lemah ketika menghadapi cabaran,cobaan dan nodaan.

Ibarat air,meruap dan naik ke atas ketika dipanaskan bahang dan panas diibaratkan diri kita yang tetap maju dan menaikkan diri ketika  mana dibakar dengan gundah,bimbang,risau dan gundah.

Ibarat air,yang keras membeku dingin dan kondensasi ketika dihembus dingin angin yang sejuk lagi membeku diibaratkan diri kita yang akan berubah lebih kuat,tabah dan kental ketika menghadapi halangan,cobaan dan kesulitan.

Ikut dan jadilah resam air sepertimana asal kita dari air.

Bukankah telah tertulis usul kita ini dari sentitik mani yang berubah menjadi sempurna tubuh manusia atas kehendak Allah Swt ?

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my