Tuesday, May 15, 2018

SELAMAT DATANG PENGURUSAN ( KERAJAAN ) BARU


SELAMAT DATANG PENGURUSAN ( KERAJAAN ) BARU 

Selamat Datang Kepada Pengurusan ( Kerajaan ) Baru.
Pemimpin yang lama sekali lagi kembali memegang
Tampok Pentadbiran.

Kompeni Bertukar,
Dasar dan Polisi juga bertukar.
Semoga proses peralihan berjalan dengan
Lancar, tenang dan damaia
Tanpa ada perkara yang tak diingini.
Semoga Allah Tuhan sekalian Alam mempermudahkan segalanya.

Janji dalam manifesto telah dibentangkan,
Suara Undi juga telah diputuskan.
Tibalah masanya memulakan memulakan langkah
Dengan Permulaan yang baru.

Kepada yang berjanji,
Tibalah masanya menunai dan mengotakan janji - janji.
Kepada yang Berjanji,'
Tibalah masanya untuk menuntut janji.

Pertempuran telah berakhir,
Nyatanya,
Yang menang bersorak kepuasan,
Yang kalah meratapi kejatuhan.
Detik - detik sambutan seterusnya
akan beransur dan beralih kepada
Proses Pelaksanaan.
Rakyat Pendokong  menunggu khabar yang dijanjikan.
Apakah ianya kenyataan yang tegak dengan
Harapan baru ?
Atau Sebaliknya.

Kita Tinggalkan Medan Pangkah,
Kita sama teruskan hari baru,
Mentari Menyinari,
Langit memayungi,
Kita sama - sama nantikan dan persaksikan,
Tumbuh dan tegaknya,
benih - benih pengharapan dan perjanjian,
Semoha Pohonnya nanti merimbun,
Meneduhkan sekalian umat rakyat.
Semoga Buahnya manis.
Menyenang Jiwa,
Damai sejahtera aman damai.

10.05.2018

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: